Pages

welcome to my bolgspot... Pictures, Images and Photos

NOTA

KATA SERU

DEFINISI

Kata seru merupakan kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang mengikut keadaan ketika itu. Terdapat perasaan sedih, marah, gembira, terkejut, sakit, geram, hairan dan sebagainya. 


KATA SERU
PENERANGAN
Aduh
Untuk menyatakan kesakitan atau kehairanan.
Contoh ayat: Aduh, berdenyut-denyut kepalaku!
Cis
Untuk menyatakan perasaan marah atau kesal.
Contoh ayat: Cis, jangan berani bertindak begini lagi terhadap saya!
Amboi
Untuk menyatakan perasan kagum terhadap sesuatu.
Contoh ayat: Amboi, berkilatnya kasut kamu!
Aduhai
Untuk menyatakan rasa kesal dan harapan terhadap sesuatu.
Contoh ayat: aduhai, mengapalah ini yang kau lakukan!
Nah
Untuk menyatakan perasaan ikhlas atau simpati.
Contoh ayat: nah, ambillah duit ini sebagai duit belanja!
Oh
Untuk menyatakan perasaan terkejut, sedih, simpati atau marah.
Contoh ayat: oh, mengapakah nasib kakak begitu!
Hai
Untuk menyampaikan sapaan terhadap seseorang.
Contoh ayat: hai, lama kita tidak berjumpa!
Syabas
Untuk menyatakan bagus atau baik.
Contoh ayat: syabas, anda baru sahaja menerima RM 1 juta!
Add caption























CONTOH AYAT KATA SERU






Hai, saya Ipin, jangan lupa tontoni saya dalam cerita Upin dan Ipin!
















Cis, turun kau dari sini Hang Jebat, kata Hang Tuah!






Hai, lama betul kita tidak berjumpa!