Pages

welcome to my bolgspot... Pictures, Images and Photos

Tuesday, January 18, 2011

  KATA SERU



OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menggambarkan perasaan seseorang.

HASIL PEMBELAJARAN

1) Murid dapat menerangkan perasaan seperti marah, sedih, gembira, sakit dan sebagainya.
2) Murid dapat mengenal dan membezakan sesuatu perasaan.

ISTILAH PENTING

Cis, aduh, amboi, aduhai, nah, oh dan hai

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Membanding dan membeza, menjana idea, mendalami perasaan, sikap kasih sayang, dan bekerjasama

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Latihan, teka silang kata, padankan

LANGKAH PENGAJARAN

MEMERHATI

Tahap 1:

1) Guru menanyakan soalan mengenai perasaan pelajar pada hari pembelajaran tersebut “apakah perasaan awak pada hari ini?”
2) Kemudian guru memperkenalkan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari tersebut (Kata Seru).
3) Guru menerangkan keseluruhan isi pengajaran yang berkaitan dengan kata seru.
4) Guru mengarahkan murid melengkapkan lembaran 1 (memadankan perkataan berdasarkan gambar yang diberi).

MENCIRIKAN

Tahap 2:

1) Setiap murid diminta merujuk lembaran 2
2) Murid diminta supaya mengisi tempat kosong berdasarkan perkataan yang diberi.
3) Guru membimbing pelajar menjawab soalan yang diberikan.

MEMBEZAKAN 

Tahap 3:

1) Guru meminta pelajar mencari perkataan tersembunyi dan berbincang perkataan yang terdapat dalam Kata Seru.
2) Guru membimbing pelajar mencari perkataan yang tersembunyi dengan betul 

MENGANALISIS 

Tahap 4:

1) Guru menguji kefahaman pelajar mengenai kata seru.
2) Guru meminta murid melengkapakan Lembaran 4.
3) Murid memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan
4) Guru membimbing pelajar sekiranya pelajar masih tidak memahami isi pembelajaran.

KATA SERU

DEFINISI

Kata seru merupakan kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang mengikut keadaan ketika itu. Terdapat perasaan sedih, marah, gembira, terkejut, sakit, geram, hairan dan sebagainya. 


KATA SERU
PENERANGAN
Aduh
Untuk menyatakan kesakitan atau kehairanan.
Contoh ayat: Aduh, berdenyut-denyut kepalaku!
Cis
Untuk menyatakan perasaan marah atau kesal.
Contoh ayat: Cis, jangan berani bertindak begini lagi terhadap saya!
Amboi
Untuk menyatakan perasan kagum terhadap sesuatu.
Contoh ayat: Amboi, berkilatnya kasut kamu!
Aduhai
Untuk menyatakan rasa kesal dan harapan terhadap sesuatu.
Contoh ayat: aduhai, mengapalah ini yang kau lakukan!
Nah
Untuk menyatakan perasaan ikhlas atau simpati.
Contoh ayat: nah, ambillah duit ini sebagai duit belanja!
Oh
Untuk menyatakan perasaan terkejut, sedih, simpati atau marah.
Contoh ayat: oh, mengapakah nasib kakak begitu!
Hai
Untuk menyampaikan sapaan terhadap seseorang.
Contoh ayat: hai, lama kita tidak berjumpa!
Syabas
Untuk menyatakan bagus atau baik.
Contoh ayat: syabas, anda baru sahaja menerima RM 1 juta!

Hai semua...Untuk Semua Pelajar Sekolah Rendah....Sila Jawab Ya Latihan Di Bawah....
Kita Lihat Siapa Yang Pintar....HeHeHe

 

BAHASA MELAYU (KATA SERU)

jom jawab kuiz ni...senang je..hanya perlu klik perkataan "klik di sini" di bawah tu...selepas itu..adik-adik bolehla tunjukkan kebolehan masing-masing ya...mesti boleh punya...hehehe

LATIHAN 1


Pilih kata seru yang sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.




1)      “___________, sakitnya kepala aku ini!”












A)     Cis 
B)     Eh
C)     Aduh
D)     Ah
E)     Wahai
2)      “__________, turunlah kalau tuan hamba berani!”
 






       


A)     Cis
B)     Syabas
C)     Tahniah
D)     Amboi
E)     Nah

KLIK DI SINI 



             

ha....jumpa lagi adik-adik....kali ni kita cuba latihan lain pulak...mesti adik-adik suka teka silang kata kan...untuk jawab teka silang kata ni, adik-adik cuma perlu klik pada "tekan di sini" dan adik-adik dapat tengok hasilnya....selamat mencuba


LATIHAN 2


SELESAIKAN TEKA SILANG KATA BERIKUT:


Untuk Menyelesaikan Teka Silang Kata, Klik Di Bawah.
KLIK DI SINI




adik-adik...jom jawab latihan kat bawah ni...senang je...cuba la...lepas tu tekan je "semak"....mesti seronok!!!



LATIHAN 3


Bulatkan Kata Seru yang Betul. 


  1. _____________, betapa malangnya nasib diriku yang sentiasa dalam kesusahan!
  2. Syabas
    Aduhai
    Aduh
    Ah
  3. _____________, sungguh menarik pertunjukan yang diadakan tadi!
  4. Amboi
    Wah
    Syabas
    Aduhai
  5. ____________, kurang ajar betul kamu yang sanggup memalukan aku di depan orang ramai!
  6. Wah
    Cis
    Eh
    A
  7. ____________, aku tidak setuju dengan rancangan kamu itu, aku ada rancangan lain!
  8. Ah
    Eh
    Hai
    Cis
  9. ___________, saudaraku sekalian, aku berharap semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera!
  10. Eh
    Wahai
    Hai
    Hoi
  11. ____________, terimalah pemberianku yang tidak seberapa ini sebagai tanda persahabatan kita!
  12. Syabas
    Nah
    Hai
    Wah
  13. ___________, rasa-rasanya kita pernah berjumpa suatu ketika dahulu!
  14. Ah
    Eh
    Hoi
    Hai
  15. ___________, buat apa di situ, boleh saya temankan?
  16. Eh
    Hoi
    Ah
    Hai
  17. ___________, kau tidak perlu masuk campur, ini urusan aku!
  18. Ah
    Eh
    Oh
    Hai
  19. __________, kamu rupa-rupanya yang mengambil beg tangan aku yang mahal itu!
  20. Oh
    Eh
    Ah
    Amboi
Selamat Mencuba 



adik-adik...jom cuba latihan ni....senang la...kacang je..adik-adik cuma perlu klik kat "latihan 4 crossword puzzle game"dan adik-adik akan enjoy.....


LATIHAN 4 


LENGKAPKAN TEKA SILANG KATA BERIKUT.









sebelum adik-adik jawab latihan di bawah ni...adik-adik mesti pastikan adik-adik tak tanya kawan-kawan taw...untuk latihan ni adik-adik perlu klik pada "latihan 5"...

LATIHAN 5


Tandakan (Betul) bagi jawapan yang betul dan tandakan (Salah) bagi jawapan yang salah




UNTUK MENJAWAB KUIZ TERSEBUT KLIK PADA PETAK DI BAWAH ATAU PADA LATIHAN 5 DIBAWAH.